Wednesday, October 10, 2007

Peniaga Takdak budi Bahasa!

Kali nih sang kenari nak gunakan loghat kedah untuk menerangkan betapa benggangnya Sang Kenari dengan seorang makcik (peniaga) nih.

Biasalah petang2 pi la pasar ramadhan.. taklah petang sangat hari tu dalam pukui 3 kot. Parking motor kat sebelah lot yang tak bukak lagi.. jalan masuk kat dalam cari lauk pauk, ayaq dan lain-lain juaga untuk bukak posa.. astu ada sorang makcik nih.. nak bukak lot dia.. masa aku parking motor tu memang dah tengok tempat tu bukan tempat meniaga.. so dia panggil dia tanya sapa punya motor nih.. ada 3 atau 4 biji motor kat situ.. biasalah 'peniaga riak' nih.. duk lam keta wira bukak cermin saja tanya..aku pun pi la ubah motor dalam masa dok ubah motor tu saja la dok tengok dia dok terkumit-kumit mulut tu kadangkala dengaq jugak dia dok membebel 'pi la letak kata tempat yang boleh letak' dan lain-lain.. mula-mula ingat nak tolong lah ubah motor-motor lain yang ada kat situ.. dah hang dok beletiaq tak habih-habih mampuih pi la kat hang tak kelapaq aku nak tolong.. lepaih tu aku pi lah balik kat kedai lauk tadi nih.. biasa lah.. kawan bengang lah dah satu motor ja tolak.. ada 3 lagi dok kat situ.. bukan apa. kalau hang cakap elok-elok bukan aku tak boleh nak tolong.. tapi dah mulut hebiaq sangat hang tolak lah sendiri..

yang bestnya.. dia tak turun dari kereta dia tu.. dok keloi kot tingkap ja dok panggil orang tolak. Ada sorang mamat india lalu tepi dia dan dia suruh la mamat tu tolak motor yang ada kat situ.. tu pun mulut tak habih-habih dok pok pet pok pet.. hang menteri ka apa sampai nak turun keta pun tak mau.. tolak lah mamat india tu..

Bukan apa, kalau cakap elok-elok orang leh tolong aih.. nih cakap macam ngan apa lagi.. dah la muka pun jenih muka dok berkelai ngan orang nih. patut la hang dapat lot paling depan sekali.. sebab dok berkelai ngan orang kot nak dapat lot paling depan.. kalau hangpa nak tau lot nih tang mana aku leh habaq mai..

lokasi dia kat pasar ramadhan kilang lama,kulim dia meniaga apa aku tak tau sebab masa tu dia baru sampai.. aku pun bukan pi selalu sangat pasar ramadhan tu.. lepaih tu aku tak pi dah kat situ.. tak best langsung.. lot dia yang paling depan hala ke bank muamalat. lot dia depan lot ayaq nyok!. meniaga apa aku tak tau.. mungkin time meniaga mulut elok kot..jngan harap nak dapat pelanggan daripada keturunan aku meniaga macam ngan apa lagi..

Ini bukan cerita rekaan semata-mata tapi kisah yang teramat benar!.

p/s : Budi bahasa budaya kita, tambah-tambah la nak meniaga.. kalau mulut busuk sapa nak beli ngan kita?? sebab dok paling depan lah laku kot.. kalau dok belakang ka tak tau nak habaq la lingkup macamana..dok depan pun kena ingat kalau rezeki tu Allah nak tarik balik macam-macam boleh jadi..

Hong Leong Bank kedekut!

Hari ini adalah hari raya eh silap.. hari tukar duit raya.. so Sang Kenari pun nak lah tukar duit raya kan nak kasi kat budak2 yang datang umah nanti. Biasalah dah nama pun hari tukar duit msti ramai yang nak tukar duit...so banyaklah bank2 yang kehabisan duit baru. Mula-mula Sang Kenari pergi Bank CIMB untuk tuka duit.. berat beg nih bawak duit syiling yang banyak.. :) pastu diorang kata duit habis.. mungkin kat Hong Leong Bank ada kot bergegas lah ke Hong Leong Bank pulak.. pergi jer kat kaunter dia tanya Sang Kenari 'Encik ader akaun Hong Leong tak?' - maknanya kalau takder akaun takleh tukar ler jawabnya.. :P maner la Sang Kenari ader akaun Hong Leong.. wat mender bukak akaun kat HLB baik buka kat Bank Islam.. ceewah promote ler pulak kat 'wajah berbeza komitmen tetap sama' pasnih bagi bonus lebey skit yer bank Islam.. :P.

Kalau dah duit tu habis tu cakap jer lah.. tak yah nak tanya orang pulak ader akaun bank hong leong ker tak.. mender lah diorang nih. Kalau nak bank in ker akaun hong leong apsal tak tanya pulak kita der ker tak akaun hong leong.. baru betul..nak tukar duit pun berkira ker? bukan pergi mintak duit pun.. inilah satu budaya tak elok dalam institusi perbankan Malaysia.. kononya orang akan buka akaun la nanti kot2 leh senang nak tukar duit.. aper nak kata kalau Sang Kenari haramkan seluruh keturunan buka akaun di Hong Leong Bank?? saper nak jawab??..

Jangan lah kedekut sangat.. kalau kena caj pun kitorang bayar ler.. untuk tukar duit. Menyusahkan betul!

P/s : Nanti kalau nak tukar duit, pergi bank awal2 jgn jadi macam Sang Kenari!.

Mereka dah pergi jauh!

Dulu semuanya sama, kini semua mempunyai jalan masing-masing. Dulu duduk di sekolah yang sama, diajar oleh guru yang sama dan makan di kantin yang sama, kini ada yang makan di warong, ada yang makan di gerai dan ada yang makan di hotel. Dulu semua duduk di daerah yang sama dan suasana kampung yang tetap sama dan kini ada yang duduk di laut, ada yang duduk di bandar dan ada yang duduk di dalam hutan. Semuanya telah berpisah dan berjauhan. Yang membanggakan ada juga yang duduk di luar negeri untuk menyambung pelajaran. Semua ada jalan masing-masing.. SangKenari juga masih di sini.. di daerah yang sentiasa menjadi tumpuan perantau apabila musim perayaan. Tapi tak apa, masing-masing diberi rezeki.. mana tahu satu hari nanti Sang Kenari boleh terbang tinggi dan jauh perjalanan..

Dah nak Raya nih teringat kawan-kawan daripada Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Selama, Madrasah Ittihad Al-Wattaniah, Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang dan Universiti Sains Malaysia. Apa yang mereka buat raya nanti?, di mana mereka berada sekarang dan apa kerjaya mereka seringkali menjadi persoalan... alangkah seronoknya kalau hari raya nanti semuanya dapat berjumpa dan bermaafan bersama-sama.. oh indahnya duniaaa...

Di kesempatan ini Sang Kenari nak ucapkan Selamat Hari Raya - Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia selagi anda mampu membaca apa yang Sang Kenari tulis di sini.. SELAMAT HARI RAYA!