Wednesday, October 10, 2007

Mereka dah pergi jauh!

Dulu semuanya sama, kini semua mempunyai jalan masing-masing. Dulu duduk di sekolah yang sama, diajar oleh guru yang sama dan makan di kantin yang sama, kini ada yang makan di warong, ada yang makan di gerai dan ada yang makan di hotel. Dulu semua duduk di daerah yang sama dan suasana kampung yang tetap sama dan kini ada yang duduk di laut, ada yang duduk di bandar dan ada yang duduk di dalam hutan. Semuanya telah berpisah dan berjauhan. Yang membanggakan ada juga yang duduk di luar negeri untuk menyambung pelajaran. Semua ada jalan masing-masing.. SangKenari juga masih di sini.. di daerah yang sentiasa menjadi tumpuan perantau apabila musim perayaan. Tapi tak apa, masing-masing diberi rezeki.. mana tahu satu hari nanti Sang Kenari boleh terbang tinggi dan jauh perjalanan..

Dah nak Raya nih teringat kawan-kawan daripada Sekolah Rendah Kebangsaan Jalan Selama, Madrasah Ittihad Al-Wattaniah, Sekolah Menengah Kebangsaan Serdang dan Universiti Sains Malaysia. Apa yang mereka buat raya nanti?, di mana mereka berada sekarang dan apa kerjaya mereka seringkali menjadi persoalan... alangkah seronoknya kalau hari raya nanti semuanya dapat berjumpa dan bermaafan bersama-sama.. oh indahnya duniaaa...

Di kesempatan ini Sang Kenari nak ucapkan Selamat Hari Raya - Maaf Zahir dan Batin kepada seluruh umat Islam di seluruh dunia selagi anda mampu membaca apa yang Sang Kenari tulis di sini.. SELAMAT HARI RAYA!

No comments: