Monday, September 24, 2007

Sijil Sekolah Kebangsaan Terap,Kedah !

Seperti biasa.. kita heboh dengan aktiviti cetak rompak cd, buku, idea dan lain-lain. Tapi korang percaya tak kalau Kenari katakan golongan yang bergelar Ustaz & Ustazah juga terlibat dalam aktiviti tidak bermaruah ini??. Mesti tak caya kan?. Yerlah sebab anda tak jumpa sebab tu tak caya.. tapi kenari dah jumpa 3 orang yang macam nih. Masalahnya diorang nih ustaz dan ustazah. Kalau ustaz dan ustazah wat benda-benda macam nih macamana pula dengan anak-anak kita yang mengaji agama dengan mereka??? husss... takuttt..

Sang Kenari ada terima perkhabaran dari seorang teman yang bengang dengan cikgu cikgi sebuah sekolah rendah nih.. boleh di katakan luar bandar la.. dia ada membuat sijil untuk anak saudaranya yang ingin melanjutkan pelajaran ke MRSM tapi pihak sekolah tidak berminat untuk menandatangani sijil-sijil tersebut atas alasan ianya palsu dan tidak adil jika hanya anak saudaranya mempunyai sijil walhal 'anak-anak cikgu' di dalam kelas tersebut tidak memilikinya. Masalahnya di sini, kalau ingin persoalkan soal adil, pihak sekolah sepatutnya berikan keadilan itu sendiri dengan menyediakan sijil kepada para pelajarnya. Bukan hanya menunggu desakan daripada ibu bapa!. Okays!, sijil yang teman Kenari buat tu diminta balik.. yer la kan?? dah tak nak tandatangan pastu kata sijil tu palsu pulak so nak simpan buat aper??. Sedangkan sijil itu bukannya ditulis sesuka hati malahan mengikut apa yang tercatat di dalam kad kemajuan.

Teman Kenari mendapat tahu sijil yang dibuat olehnya dipinjam oleh seorang 'Ustaz' yang dipertanggungjawab mengeluarkan sijil-sijil kepada pelajar tahun enam. Korang takleh tandatangan, pastu kata sijil tu palsu, pastu bila ditanya di mana sijil tu berada.. jawapannya dipinjam oleh seorang 'Ustaz' untuk dijadikan contoh. Teman Kenari pun benganglah!. Dah le tak nak tandatangan pastu nak ciplak apa yang orang lain pulak.. dibuat oleh seorang yang bergelar 'Ustaz'!. Ustaz apa macam nih??.

Akhirnya, Teman Kenari tersebut dipanggil untuk bertemu dengan Penolong Kanan di sekolah tersebut. Asalnya memang dah diberitahu untuk mengambil kembali sijil-sijil yang telah dibuat untuk di'Tong Sampahkan'. Tapi jadinya macam bola, PK kata ada dengan cikgu itu, cikgu itu kata ada dengan cikgu ini, dan cikgu ini kata ada dengan Ustaz itu.... Weii!!!! Cikgu aper perangai macam nihhh??. Tak nak bagi kerjasama untuk keadilan konon! tapi menciplak apa yang orang lain buat itu adilkah??. Memanglah teman Kenari nih bukan pelukis sebenar logo sekolah tersebut tapi dia memberi sentuhan grafik yang mencantikkan kembali logo yang dah 'basi' tersebut. Korang nak tahu macamana logo asalnya??. Korang ambil satu logo.. bedal jer lah.. logo aper pun pastu photostat sekali dan buang yang asal dan photostat yang salinan tu dan ulangi langkahnya selama 10 tahun dan dapatlah hasil sebenar logo sekolah tersebut.

Teman Kenari tu bukan marah pasal pihak sekolah tak bagi kerjasama tapi marah pasal 'Ustaz Cetak Rompak' tu ambil apa yang dihasilkan oleh teman Kenari. Teman Kenari kata kalau datang minta elok-elok pun dia boleh bagi soft copy yang dah tentu cantik. Tapi kenapa tak minta?? malu?? malas?? memang dasar CIKGU MALAS!! semua nak senang... Inilah orang MELAYU!. Pemalas!!!. Kalau seorang ustaz mesti tahu halal haram makan gaji bulanan tanpa melaksanakan tanggungjawab so?? Ustaz aper macam nih. Kata teman Kenari tadi..

Anyway, nasihat kenari kepada Ustaz dan guru-guru yang terlibat tu cepat-cepatlah bertaubat.. arah tuju generasi muda bergantung kepada apa yang anda berikan. Jangan menilai seorang murid itu dari sekolah rendah kerana setiap pelajar itu ada kelebihan diri mereka masing-masing. Kepada Ustaz, buatlah kerja.. jangan nak asyik menciplak hasil kerja orang lain. Ingat, awak tu ustaz dan perlu mempunyai jati diri yang baik supaya orang lain boleh tertarik dengan Islam itu sendiri.. So.. Kenari nak nasihatkan kepada Teman Kenari, sabarlah.. Jika benar sijil itu diciplak, nanti kita paparkan untuk tontonan dunia apa kerja yang guru-guru di sekolah tersebut buat selain hanya tahu menciplak hasil tangan orang lain... tunggu...

No comments: